Saturday, 13 December 2014


 Business card, envelope, and letter head
My product during Pre-Cipta 1 2014

Thursday, 20 November 2014



 Kajian warna yang sesuai untuk logo. Tema warna sejuk dan warna moden




Kajian reka letak tipografi


Kajian jenis tipografi yang sesuai untuk logo

Thursday, 16 October 2014

 pintu utama Tok Bali Beach Resort

 kawasan asrama. biasa nya tempat ini disewa untuk seminar, atau kem motivasi terutamanya kepada pelajar sekolah
 Kawasan sekitar.. cantik kan.. Kemudahan yang ada juga blh tahan
 kawasan chalet

Peta bandar pasir puteh,,

Sunday, 12 October 2014

tajuk yang dipilih untuk projek tahun akhir 2014



PENJENAMAAN SEMULA TOK BALI BEACH RESORT

1.0  PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa, agama, suku, dan juga kaum. Antara bangsa yang terdapat di Malaysia adalah Melayu, Cina, dan India. Agama pula terdiri daripada Islam, Kristian, Buddha, dan sebagainya. Dan terdapat juga kaum-kaum unik seperti kaum Iban, Melanau, Dusun, Murut dan sebagainya lagi. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah Negara majmuk, rakyatnya berkongsi minat yang sama walaupun berbeza agama mahupun warna kulit itu tidak menjadi penghalang untuk rakyat Malaysia bersatu dalam semua aspek. Di Malaysia terdapat banyak negeri yang mempunyai 1001 keunikan yang tersendiri dan salah satu negeri itu adalah Kelantan atau Negeri Cik Siti Wan Kembang yang juga terkenal dengan mitos dan kisah dongengnya seperti Puteri Saadong, kisah Tok Janggut dan sebagainya.
Di Kelantan terdapat banyak tempat-tempat menarik seperti perairan pantai yang bersih, pemandangan yang menarik, kawasan rekreasi seperti Jeram Linang dan sebagainya. Salah satu tempat yang menarik adalah Tok Bali Beach Resort yang terletak di Kampung Tok Bali. Tok Bali Beach Resort merupakan satu tempat penginapan yang sesuai untuk percutian untuk keluarga, seminar, krusus dan lain-lain aktiviti. Tok Bali Beach Resort terletak di Timur Selatan Kelantan. Tok Bali Beach Resort berada 12 km atau 15 minit dari Bandar Pasir Puteh, 24km atau 30minit dari Kota Bharu dan 28km atau 40 minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Tok Bali ini mudah untuk di kunjungi dengan menggunakan bas dan juga teksi bagi pelancong luar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri apabila tiba di Kelantan.



1.0.1        DEFINISI IDENTITI KORPORAT
Korporat identiti bukan sekadar logo dan nama yang digunakan sebagai salah satu komponen komunikasi bagi menerangkan organisasi sesebuah syarikat yang baru mahupun yang sudah lama di bangunkan. Dalam hal ini, ianya berfungsi untuk menunjukkan keunikan sesebuah organisasi syarikat tersebut. Korporat identiti yang berjaya mengikut piawaian yang standard adalah melalui pelaksanaan perniagaan yang sistematik, kepakaran budaya korporat dan strategi pemasaran yang baik. Selain itu juga, ia juga berfungsi sebagai pelaburan yang di peroleh oleh sesebuah organisasi syarikat dan identiti korporat bukan terletak pada korporat identiti syarikat itu semata-mata. Dalam hal ini, korporat identiti yang baik juga mampu mempengaruhi nilai sesebuah syarikat tersebut. Korporat identiti biasanya dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu rekaan korporat, korporat komunikasi dan gelagat korporat. Dalam hal ini, rekaan korporat merangkumi rekaan logo, produk, warna, tipografi, cogan kata dan sebagainya. Korporat komunikasi pula adalah perdagangan, penyampai maklumat dan sebagainya yang melibatkan dengan komunikasi seperti komunikasi untuk mempromosi dan sebagainya dan gelagat korporat pula adalah nilai dalaman organisasi sesebuah syarikat tersebut yang melambangkan identiti korporat.Korporat identiti wujud apabila terdapat kelarasan dari segi stail, warna rekaan dalam semua bentuk persembahan organisasi dan bertujuan untuk memperjelaskan identiti badan organisasi tersebut.





1.0.2 DEFINISI PENJENAMAAN SEMULA
Penjenamaan semula bermaksud satu proses strategik ke arah pembinaan semula imej dan kreadibiliti sesebuah organisasi untuk menyuntik semangat kesetiaan dalam diri pelanggan luaran dan juga dalaman terhadap sesuatu institusi atau organisasi tersebut. Dalam hal ini, memiliki jenama sendiri bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Hal ini demikian kerana, pada penghujung kecemerlangan proses penjenamaan semula tersebut adalah dapat diterjemahkan kepada satu kejayaan yang lebih bernilai seperti keuntungan dari segi sosial kebajikan serta ketahanan sesuatu produk atau perkidmatan yang ditawarkan dalam jangka masa yang panjang. Dalam konteks ini, penjenamaan semula dapat menyuntik satu semangat dan perubahan terhadap keseluruhan struktur, sistem dan semangat sesebuah organisasi ke arah meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang di sediakan yang bertaraf tinggi dan berdaya saing.









1.2  LATAR BELAKANG
Tok Bali merupakan sebuah perkampungan yang terletak di daerah Pasir Puteh di bawah Dun Semerak. Tok Bali dikatakan mendapat nama mendapat nama daripada seorang pelayar yang berasal dari Indonesia yang hanyut dan terdampar di pantai tersebut. Hal ini demikian kerana, kapal pelayar itu telah pecah di tengah lautan yang menyebabkan pelayar itu telah hanyut berbulan-bulan di tengah lautan. Ketika beliau terdampar di pantai, teritip telah memenuhi badan beliau. Ketika beliau di temui oleh penduduk setempat, beliau masih lagi hidup dan telah memulakan kehidupan bersama-sama penduduk setempat. Daripada kisah inilah Tok Bali mendapat nama. Ketika itu Tok merupakan panggilan kepada seseorang yang biasanya mempunyai ilmu agama yang tinggi dan disanjung tinggi. Manakala Bali pula merupakan nama tempat di Kepulauan Indonesia. Setelah lama tinggal di kampung ini, beliau akhirnya pulang ke tempat asalnya. Akan tetapi ini adalah sejarah secara lisan dan kesahihan cerita ini tidaklah diketahui dengan begitu tepat.
Tok Bali telah dibuka pada tahun 1996 dengan pembinaan jambatan di atas darat oleh ProjekKemasin Semerak( Perkasa) dan kemudiannya dibina pula Terusan Tok Bali. Pembinaan Terusan ini telah menyebabkan Tok Bali terus membangun yang mana wujudnya pengangkutan laut yang menghubungkan Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan juga Pulau Redang yang terletak di Laut Cina Selatan. Di samping juga, terdapat juga jeti pendaratan ikan laut dalam yang menyebabkan berlakunya pertumbuhan industry pelancongan dan produk yang berasaskan hasil tangkapan laut seperti keropok, bebola ikan dan lain-lain. Pada masa kini, Tok Bali merupakan suatu kawasan yang amat pesat membangun dengan pelbagai perancangan yang berbentuk infrastruktur, kemudahan dan juga perkhidmatan dan juga perkhidmatan awam serta pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri yang berasaskan hasil laut.
1.3  PERSOALAN KAJIAN
1)      Adakah Tok Bali Beach Resort sudah dilupakan ekoran persaingan sengit dengan chalet-chalet lain?
2)      Adakah korporat identiti Tok Bali Beach Resort yang sedia ada mampu bertahan lama dan berdaya saing?
3)      Adakah Tok Bali Beach Resort boleh dipromosikan ke peringkat yang lebih tinggi?
4)      Bagaimanakah untuk menjadikan Tok Bali Beach Resort sebuah tempat rekreasi yang sentiasa dikunjungi?
1.4  PENYATA MASALAH
Kurangnya pengunjung yang berkunjung ke Tok Bali Beach Resort kerana adanya chalet yang lebih terkenal dan perkhidmatan yang bertaraf 4 bintang seperti Tok Aman Beach Resort.
                                                                                                                        Pak Soh
                                                                                                (pemilik Tok Bali Beach Resort)






1.5  OBJEKTIF KAJIAN
1)      Untuk mengenal pasti mengapa kurangnya pengunjung ke Tok Bali Beach Resort.
2)      Untuk mencadangkan penjenamaan semula yang bersesuaian dengan Tok Bali Beach Resort agar lebih baik.
3)      Untuk menganalisa sama ada Tok Bali Beach Resort ini mampu bersaing dengan resort atau chalet yang lain.
4)      Untuk membuat validasi tentang penjenamaan semula identiti korporat Tok Bali Beach Resort.
1.6  SKOP KAJIAN
Penyelidik ingin membuat kajian tentang penjenamaan semula korporat identiti Tok Bali Beach Resort. Penyelidik fokus kepada Tok Bali Beach Resort yang terletak di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Selain itu juga, penyelidik ingin meninjau sejauh mana tahap ketahanan dan daya saing Tok Bali Beach Resort dengan pesaing-pesaing yang lain.







1.7 SASARAN KAJIAN
1) Pelancong luar Negara
Malaysia telah menjadi destinasi pelancong dari luar Negara untuk bercuti. Dalam hal ini, Malaysia telah menerima seramai 25.72 juta orang pelancong pada tahun 2003 yang mana telah mengaut keuntungan sebanyak RM65.44 oleh agensi pelancongan Malaysia pada tahun 2014. Dengan mempromosikan Tok Bali Beach Resort, diharap lebih ramai pengunjung dalam dan luar Negara mengunjungi Kelantan dan memperoleh pengalaman manis ini. Chalet ini di reka untuk keluarga yang menggemari stail rumah kampong. Chalet ini juga menjadi perhentian para pelancong untuk ke PulauPerhentian dan jug Pulau Redang.
2) Pelancong tempatan
Chalet Tok Bali Beach Resort ini menyediakan perkhidmatan kepada pelancong dalam Negara khususnya yang tinggal di Bandar untuk bercuti di tempat yang tenang dari kesibukan di kota. Dengan medan selera yang berada di luar yang membolehkan pelancong menikmatan keindahan pantai dan menghirup udara segar selain menikmati selera kampung yang disediakan oleh chalet ini.
3) Kumpulan seminar atau kursus
Organisasi pada masa kini sangat aktif untuk memantapkan lagi mutu kerja untuk pekerja dan keharmonian semasa kerja. Dengan adanya fasiliti di chalet Tok Bali Beach resort ini dapat membantu organisasi tersebut mengurangkan bajet daripada menginap d hotel-hotel yang sudah semestinya mahal. Selain itu, chalet ini juga menerima pelajar dari universiti dan sekolah untuk membuat seminar yang berkaitan dengan pelajaran dan juga merehatkan minda sebelum menghadapi peperiksaan.

1.8 ANALISA SWOT
1.8.1 Kekuatan
Kekuatan Tok Bali Beach Resort ini adalah ia akan mempromosikan jenama baru untuk chalet dan juga bilik untuk para pengunjung yang bertandang. Selain itu juga, lokasi Tok Bali Beach Resort ini juga berdekatan dengan jeti yang memudahkan para pelancong untuk mengunjungi chalet ini. Di samping itu juga, pengurusan yang disediakan juga memenuhi piawaian kerana pengurusan yang disediakan adalah yang terbaik terutamanya perkhidmatan untuk memuaskan hati para pengunjung. Dan harga yang di tawarkan adalah berpatutan terutama kepada pelancong luar Negara bahkan juga dalam Negara ini sendiri.
1.8.2 Kelemahan
Kelemahan yang ada pada Tok Bali Beach Resort ini adalah kurangnaya promosi yang berkaitan dengan chalet ini. Hal ini demikian kerana, jika tiada promosi yang di buat maka tiada orang yang mengetahui keistimewaan sesuatu tempat yang unik seperti di Tok Bali Beach Resort ini. Hal ini telah menyebabkan Tok Bali Beach Resort kurang mendapat sambutan.
1.8.3 Peluang
Peluang yang ada di Tok Bali Beach Resort ini adalah lokasi yang strategik yang mana berdekatan dengan Bandar Pasir Puteh dan juga jeti untuk ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan juga Pulau Redang yang akan memudahkan lagi para pelancong untuk berhenti sebelum meneruskan percutian.


1.8.4 ancaman
Ancaman yang ada bagi  Tok Bali Beach Resort ini adalah persaingan yang menawarkan perkhidmatan yang sama dengan Tok Bali Beach Resort seperti Tok Aman Beach Resort, Sudara Beach Resort, Tok Bali Resort dan Spa, Permai Resort dan Rest House, Villa Danialla Beach Resort, Arwana In Tok Bali dan juga Seri Nipah. Berdasarkan statistik Agensi Pelancongan Malaysia dan NAPIC 2014, hotel di Kelantan membekalkan sebanyak 4966 buah bilik namun bilangan pengunjung tidak ramai. Hal ini telah menyebabkan Tok Bali Beach menghadapi ancaman dari pesaing terdekat yang bertaraf 4 bintang.
1.9 LIMITASI PENYELIDIKAN
Limitasi yang dihadapi oleh penyelidik adalah bahan yang berkaitan dengan Tok Bali Beach Resort ini terlalu minimum terutamanya di dalam internet.  Hal ini demikian kerana, bahan rujukan melalui buku atau jurnal yang berkaitan dengan Tok Bali Beach Resort seperti sejarah penubuhan,pemilik dan sebagainya ini tiada dan penyelidik perlu pergi sendiri ke tempat kajian  untuk mendapatkan data yang berkaitan. Oleh kerana jarak yang terlalu jauh telah menyebabkan pengkaji menghadapai masalah untuk mendapatkan maklumat.
2.0  KEPENTINGAN PENYELIDIKAN
Kepentingan penyelidikan ini adalah`untuk membantu Tok Bali Beach Resort menambahbaikan korporat identiti supaya lebih baik dan berdaya saing dengan pengusaha-pengusaha chalet yang lain. Dalam hal ini, penyelidikan ini juga penting kepada pembangunan di sesebuah tempat terutamanya di Kelantan. Hal ini kerana, dengan adanya ramai pelancong yang mengunjungi Tok Bali Beach Resort ini dapat membantu percambahan ekonomi negeri itu dan juga kepada percambahan ekonomi Negara.

2.1  KESIMPULAN
Tok Bali Beach Resort mempunyai potensi untuk berkembang dan cemerlang dalam industri pelancongan jika di beri peluang untuk berkembang. Dengan kewujudan chalet-chalet di Tok Bali Beach Resort ini boleh mengundang lebih ramai pelancong ke negeri Kelantan. Dengan keunikan yang ada di Tok Bali Beach Resort seperti perkhidmatan dan tawaran yang terbaik, tempat ini mampu menarik lebih ramai lagi pelancong dalam dan luar Negara bahkan juga membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan membantu meningkatkan pendapatan masyarakat tempatan dan juga ekonomi negeri Kelantan.