pintu utama Tok Bali Beach Resort
kawasan asrama. biasa nya tempat ini disewa untuk seminar, atau kem motivasi terutamanya kepada pelajar sekolah
Kawasan sekitar.. cantik kan.. Kemudahan yang ada juga blh tahan
kawasan chalet
Peta bandar pasir puteh,,
Thursday, 16 October 2014
Sunday, 12 October 2014
tajuk yang dipilih untuk projek tahun akhir 2014
PENJENAMAAN SEMULA TOK BALI BEACH RESORT
1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa,
agama, suku, dan juga kaum. Antara bangsa yang terdapat di Malaysia adalah
Melayu, Cina, dan India. Agama pula terdiri daripada Islam, Kristian, Buddha,
dan sebagainya. Dan terdapat juga kaum-kaum unik seperti kaum Iban, Melanau,
Dusun, Murut dan sebagainya lagi. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah Negara
majmuk, rakyatnya berkongsi minat yang sama walaupun berbeza agama mahupun
warna kulit itu tidak menjadi penghalang untuk rakyat Malaysia bersatu dalam
semua aspek. Di Malaysia terdapat banyak negeri yang mempunyai 1001 keunikan
yang tersendiri dan salah satu negeri itu adalah Kelantan atau Negeri Cik Siti
Wan Kembang yang juga terkenal dengan mitos dan kisah dongengnya seperti Puteri
Saadong, kisah Tok Janggut dan sebagainya.
Di Kelantan terdapat banyak tempat-tempat menarik seperti perairan
pantai yang bersih, pemandangan yang menarik, kawasan rekreasi seperti Jeram
Linang dan sebagainya. Salah satu tempat yang menarik adalah Tok Bali Beach
Resort yang terletak di Kampung Tok Bali. Tok Bali Beach Resort
merupakan satu tempat penginapan yang sesuai untuk percutian untuk keluarga,
seminar, krusus dan lain-lain aktiviti. Tok Bali Beach Resort terletak di Timur
Selatan Kelantan. Tok Bali Beach Resort berada 12 km atau 15 minit dari Bandar
Pasir Puteh, 24km atau 30minit dari Kota Bharu dan 28km atau 40 minit dari
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Tok Bali ini mudah untuk di kunjungi
dengan menggunakan bas dan juga teksi bagi pelancong luar yang tidak mempunyai
kenderaan sendiri apabila tiba di Kelantan.
1.0.1
DEFINISI
IDENTITI KORPORAT
Korporat identiti bukan sekadar logo dan nama yang digunakan sebagai
salah satu komponen komunikasi bagi menerangkan organisasi sesebuah syarikat
yang baru mahupun yang sudah lama di bangunkan. Dalam hal ini, ianya berfungsi
untuk menunjukkan keunikan sesebuah organisasi syarikat tersebut. Korporat
identiti yang berjaya mengikut piawaian yang standard adalah melalui pelaksanaan
perniagaan yang sistematik, kepakaran budaya korporat dan strategi pemasaran
yang baik. Selain itu juga, ia juga berfungsi sebagai pelaburan yang di peroleh
oleh sesebuah organisasi syarikat dan identiti korporat bukan terletak pada
korporat identiti syarikat itu semata-mata. Dalam hal ini, korporat identiti
yang baik juga mampu mempengaruhi nilai sesebuah syarikat tersebut. Korporat
identiti biasanya dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu rekaan korporat,
korporat komunikasi dan gelagat korporat. Dalam hal ini, rekaan korporat
merangkumi rekaan logo, produk, warna, tipografi, cogan kata dan sebagainya.
Korporat komunikasi pula adalah perdagangan, penyampai maklumat dan sebagainya
yang melibatkan dengan komunikasi seperti komunikasi untuk mempromosi dan sebagainya
dan gelagat korporat pula adalah nilai dalaman organisasi sesebuah syarikat
tersebut yang melambangkan identiti korporat.Korporat identiti wujud apabila
terdapat kelarasan dari segi stail, warna rekaan dalam semua bentuk persembahan
organisasi dan bertujuan untuk memperjelaskan identiti badan organisasi
tersebut.
1.0.2 DEFINISI
PENJENAMAAN SEMULA
Penjenamaan semula
bermaksud satu proses strategik ke arah pembinaan semula imej dan kreadibiliti
sesebuah organisasi untuk menyuntik semangat kesetiaan dalam diri pelanggan
luaran dan juga dalaman terhadap sesuatu institusi atau organisasi tersebut.
Dalam hal ini, memiliki jenama sendiri bukanlah untuk mengaut keuntungan
semata-mata. Hal ini demikian kerana, pada penghujung kecemerlangan proses
penjenamaan semula tersebut adalah dapat diterjemahkan kepada satu kejayaan
yang lebih bernilai seperti keuntungan dari segi sosial kebajikan serta
ketahanan sesuatu produk atau perkidmatan yang ditawarkan dalam jangka masa
yang panjang. Dalam konteks ini, penjenamaan semula dapat menyuntik satu
semangat dan perubahan terhadap keseluruhan struktur, sistem dan semangat
sesebuah organisasi ke arah meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang di
sediakan yang bertaraf tinggi dan berdaya saing.
1.2 LATAR BELAKANG
Tok Bali merupakan
sebuah perkampungan yang terletak di daerah Pasir Puteh di bawah Dun Semerak.
Tok Bali dikatakan mendapat nama mendapat nama daripada seorang pelayar yang
berasal dari Indonesia yang hanyut dan terdampar di pantai tersebut. Hal ini
demikian kerana, kapal pelayar itu telah pecah di tengah lautan yang
menyebabkan pelayar itu telah hanyut berbulan-bulan di tengah lautan. Ketika
beliau terdampar di pantai, teritip telah memenuhi badan beliau. Ketika beliau
di temui oleh penduduk setempat, beliau masih lagi hidup dan telah memulakan
kehidupan bersama-sama penduduk setempat. Daripada kisah inilah Tok Bali
mendapat nama. Ketika itu Tok merupakan panggilan kepada seseorang yang
biasanya mempunyai ilmu agama yang tinggi dan disanjung tinggi. Manakala Bali
pula merupakan nama tempat di Kepulauan Indonesia. Setelah lama tinggal di
kampung ini, beliau akhirnya pulang ke tempat asalnya. Akan tetapi ini adalah
sejarah secara lisan dan kesahihan cerita ini tidaklah diketahui dengan begitu
tepat.
Tok Bali telah dibuka
pada tahun 1996 dengan pembinaan jambatan di atas darat oleh ProjekKemasin
Semerak( Perkasa) dan kemudiannya dibina pula Terusan Tok Bali. Pembinaan
Terusan ini telah menyebabkan Tok Bali terus membangun yang mana wujudnya
pengangkutan laut yang menghubungkan Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan juga
Pulau Redang yang terletak di Laut Cina Selatan. Di samping juga, terdapat juga
jeti pendaratan ikan laut dalam yang menyebabkan berlakunya pertumbuhan
industry pelancongan dan produk yang berasaskan hasil tangkapan laut seperti
keropok, bebola ikan dan lain-lain. Pada masa kini, Tok Bali merupakan suatu
kawasan yang amat pesat membangun dengan pelbagai perancangan yang berbentuk
infrastruktur, kemudahan dan juga perkhidmatan dan juga perkhidmatan awam serta
pembangunan institusi pendidikan, kesihatan, keselamatan dan industri yang
berasaskan hasil laut.
1.3
PERSOALAN
KAJIAN
1)
Adakah Tok Bali
Beach Resort sudah dilupakan ekoran persaingan sengit dengan chalet-chalet
lain?
2)
Adakah korporat
identiti Tok Bali Beach Resort yang sedia ada mampu bertahan lama dan berdaya
saing?
3)
Adakah Tok Bali
Beach Resort boleh dipromosikan ke peringkat yang lebih tinggi?
4)
Bagaimanakah
untuk menjadikan Tok Bali Beach Resort sebuah tempat rekreasi yang sentiasa
dikunjungi?
1.4
PENYATA MASALAH
Kurangnya pengunjung
yang berkunjung ke Tok Bali Beach Resort kerana adanya chalet yang lebih
terkenal dan perkhidmatan yang bertaraf 4 bintang seperti Tok Aman Beach
Resort.
Pak
Soh
(pemilik
Tok Bali Beach Resort)
1.5
OBJEKTIF
KAJIAN
1)
Untuk mengenal
pasti mengapa kurangnya pengunjung ke Tok Bali Beach Resort.
2)
Untuk
mencadangkan penjenamaan semula yang bersesuaian dengan Tok Bali Beach Resort
agar lebih baik.
3)
Untuk
menganalisa sama ada Tok Bali Beach Resort ini mampu bersaing dengan resort
atau chalet yang lain.
4)
Untuk membuat
validasi tentang penjenamaan semula identiti korporat Tok Bali Beach Resort.
1.6
SKOP
KAJIAN
Penyelidik
ingin membuat kajian tentang penjenamaan semula korporat identiti Tok Bali
Beach Resort. Penyelidik fokus kepada Tok Bali Beach Resort yang terletak di
Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Selain itu juga, penyelidik ingin meninjau
sejauh mana tahap ketahanan dan daya saing Tok Bali Beach Resort dengan
pesaing-pesaing yang lain.
1.7 SASARAN KAJIAN
1) Pelancong luar
Negara
Malaysia telah menjadi
destinasi pelancong dari luar Negara untuk bercuti. Dalam hal ini, Malaysia
telah menerima seramai 25.72 juta orang pelancong pada tahun 2003 yang mana
telah mengaut keuntungan sebanyak RM65.44 oleh agensi pelancongan Malaysia pada
tahun 2014. Dengan mempromosikan Tok Bali Beach Resort, diharap lebih ramai
pengunjung dalam dan luar Negara mengunjungi Kelantan dan memperoleh pengalaman
manis ini. Chalet ini di reka untuk keluarga yang menggemari stail rumah
kampong. Chalet ini juga menjadi perhentian para pelancong untuk ke
PulauPerhentian dan jug Pulau Redang.
2) Pelancong tempatan
Chalet Tok Bali Beach
Resort ini menyediakan perkhidmatan kepada pelancong dalam Negara khususnya
yang tinggal di Bandar untuk bercuti di tempat yang tenang dari kesibukan di
kota. Dengan medan selera yang berada di luar yang membolehkan pelancong
menikmatan keindahan pantai dan menghirup udara segar selain menikmati selera
kampung yang disediakan oleh chalet ini.
3) Kumpulan seminar
atau kursus
Organisasi pada masa
kini sangat aktif untuk memantapkan lagi mutu kerja untuk pekerja dan
keharmonian semasa kerja. Dengan adanya fasiliti di chalet Tok Bali Beach
resort ini dapat membantu organisasi tersebut mengurangkan bajet daripada
menginap d hotel-hotel yang sudah semestinya mahal. Selain itu, chalet ini juga
menerima pelajar dari universiti dan sekolah untuk membuat seminar yang
berkaitan dengan pelajaran dan juga merehatkan minda sebelum menghadapi
peperiksaan.
1.8 ANALISA SWOT
1.8.1 Kekuatan
Kekuatan Tok Bali Beach
Resort ini adalah ia akan mempromosikan jenama baru untuk chalet dan juga bilik
untuk para pengunjung yang bertandang. Selain itu juga, lokasi Tok Bali Beach
Resort ini juga berdekatan dengan jeti yang memudahkan para pelancong untuk mengunjungi
chalet ini. Di samping itu juga, pengurusan yang disediakan juga memenuhi
piawaian kerana pengurusan yang disediakan adalah yang terbaik terutamanya
perkhidmatan untuk memuaskan hati para pengunjung. Dan harga yang di tawarkan
adalah berpatutan terutama kepada pelancong luar Negara bahkan juga dalam
Negara ini sendiri.
1.8.2 Kelemahan
Kelemahan yang ada pada
Tok Bali Beach Resort ini adalah kurangnaya promosi yang berkaitan dengan
chalet ini. Hal ini demikian kerana, jika tiada promosi yang di buat maka tiada
orang yang mengetahui keistimewaan sesuatu tempat yang unik seperti di Tok Bali
Beach Resort ini. Hal ini telah menyebabkan Tok Bali Beach Resort kurang
mendapat sambutan.
1.8.3 Peluang
Peluang yang ada di Tok
Bali Beach Resort ini adalah lokasi yang strategik yang mana berdekatan dengan
Bandar Pasir Puteh dan juga jeti untuk ke Pulau Perhentian, Pulau Kapas dan
juga Pulau Redang yang akan memudahkan lagi para pelancong untuk berhenti
sebelum meneruskan percutian.
1.8.4 ancaman
Ancaman yang ada
bagi Tok Bali Beach Resort ini adalah
persaingan yang menawarkan perkhidmatan yang sama dengan Tok Bali Beach Resort
seperti Tok Aman Beach Resort, Sudara Beach Resort, Tok Bali Resort dan Spa,
Permai Resort dan Rest House, Villa Danialla Beach Resort, Arwana In Tok Bali
dan juga Seri Nipah. Berdasarkan statistik Agensi Pelancongan Malaysia dan
NAPIC 2014, hotel di Kelantan membekalkan sebanyak 4966 buah bilik namun
bilangan pengunjung tidak ramai. Hal ini telah menyebabkan Tok Bali Beach
menghadapi ancaman dari pesaing terdekat yang bertaraf 4 bintang.
1.9 LIMITASI
PENYELIDIKAN
Limitasi yang dihadapi
oleh penyelidik adalah bahan yang berkaitan dengan Tok Bali Beach Resort ini
terlalu minimum terutamanya di dalam internet. Hal ini demikian kerana, bahan rujukan
melalui buku atau jurnal yang berkaitan dengan Tok Bali Beach Resort seperti
sejarah penubuhan,pemilik dan sebagainya ini tiada dan penyelidik perlu pergi
sendiri ke tempat kajian untuk
mendapatkan data yang berkaitan. Oleh kerana jarak yang terlalu jauh telah
menyebabkan pengkaji menghadapai masalah untuk mendapatkan maklumat.
2.0
KEPENTINGAN
PENYELIDIKAN
Kepentingan
penyelidikan ini adalah`untuk membantu Tok Bali Beach Resort menambahbaikan korporat
identiti supaya lebih baik dan berdaya saing dengan pengusaha-pengusaha chalet
yang lain. Dalam hal ini, penyelidikan ini juga penting kepada pembangunan di
sesebuah tempat terutamanya di Kelantan. Hal ini kerana, dengan adanya ramai
pelancong yang mengunjungi Tok Bali Beach Resort ini dapat membantu percambahan
ekonomi negeri itu dan juga kepada percambahan ekonomi Negara.
2.1
KESIMPULAN
Tok
Bali Beach Resort mempunyai potensi untuk berkembang dan cemerlang dalam
industri pelancongan jika di beri peluang untuk berkembang. Dengan kewujudan
chalet-chalet di Tok Bali Beach Resort ini boleh mengundang lebih ramai
pelancong ke negeri Kelantan. Dengan keunikan yang ada di Tok Bali Beach Resort
seperti perkhidmatan dan tawaran yang terbaik, tempat ini mampu menarik lebih
ramai lagi pelancong dalam dan luar Negara bahkan juga membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat dan membantu meningkatkan pendapatan
masyarakat tempatan dan juga ekonomi negeri Kelantan.
Sunday, 5 October 2014
Proposal untuk Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir
1) Tajuk: Pembungkusan Gula Mitai Sarawak
Penyata masalah: ‘‘Kebanyakan produk usahawan bumiputera
ini mempunyai kualiti yang bagus, namun aspek pembungkusannya masih belum
mencapai piawaian yang dikehendaki.”.Dalam pemasaran, aspek
pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi
perhatian. Malah aspek Pembungkusan (Packaging) ini
dianggap sebagai P yang ke-5 dalam Marketing Mix selepas 4P (Product, Price, Place & Promotion) yang lazim dipraktik
sebagai strategi pemasaran.
(En. Mohamad Nordin)
Ketua Unit
IKS FAMA
Rujukan
http://infosky.wordpress.com/2008/02/26/aspek-pembungkusan-dalam-pemasaran/
2) Tajuk: Identiti korporat Mulawa Fashion
Penyata masalah: Berdasarkan pemerhatian saya, kelemahan yang
didapati pada kedai Mulawa Fashion ini adalah dari segi penggunaan logo yang
tidak menarik dan juga warna yang agak kusam, pengaplikasian jenama yang tidak
menyeluruh dan promosi yang sederhana serta ketidakseragaman jenama. Dalam hal
ini.,logo yang digunakan oleh ‘Mulawa Fashion’ ini tidak menonjol dan agak
kurang menarik selain faktor warnanya yang agak kusam dan buruk. Selain itu
juga, kelemahan ini amat ketara kerana kedai ini hanya membuat promosi dalam
laman sosial seperti ‘Facebook’ sahaja. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada
pengguna untuk mengetahui tentang kedai ini. Di samping itu juga, pengaplikasi
jenama yang tidak menyeluruh telah menyebabkan ‘Mulawa Fashion’ tidak berjaya
jika dibandingkan dengan kedai jualan tudung yang lain.
Rujukan
http://spunyeblog.wordpress.com/2013/01/19/mulawa-fashion/
3) Tajuk: Penambahbaikan reka bentuk pembungkusan telur pindang
Penyata masalah: Secara umumnya produk
usahawan terutama Bumiputera berkualiti, namun pembungkusan belum mencapai mutu
dikehendaki. Teknik pembungkusan dan pelabelan makanan memainkan peranan sangat
penting dalam pengeluaran produk makanan. Paling penting, usahawan perlu
mematuhi Akta Makanan 1983 kerana dengan adanya pengetahuan mengenai akta itu,
ia boleh membawa produk mereka pergi sehingga peringkat antarabangsa berikutan
semua yang termaktub di dalam akta berkenaan menepati kehendak pasaran tempatan
dan global.
(Abd Razak Abdul Rahim)
Penceramah
Pembungkusan, Pelabelan dan Pengendalian Makanan Institut Keusahawanan Negara
(Insken),
Rujukan
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bungkusanmesticantik/Article/index_html
4) Tajuk: Kempen pemeliharaan badak sumbu yang terancam
Penyataan
masalah: ‘Datuk
Dr. Laurentius Ambu, Pengarah Jabatan Hiudpan Liar negeri berkata, badak sumbu
Sumatera kini di ambang kepupusan di Sabah dan menempatkannya di kawasan khas
meningkatkan peluang untuk menyelamatkan spesies itu’.
Rujukan
5) Tajuk: Kempen rawatan
bekam tradisional
Penyata masalah: berdasarkan
rujukan dari laman sesawang, kaedah bekam ini kurang mendapat sambutan kerana
kebanyakan masyarakat tidak mengetahui kelebihan menggunakan rawatan
tradisional seperti bekam ini.
"Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi
apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada
anggota badan, mereka gagal menjelaskannya. Ini menyebabkan masyarakat tidak
faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh
sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia,"
katanya kepada Bernama baru-baru ini.”
Dr(homeopati)
Ibrahim Burhanuddin
Pengusaha dan pakar rawatan
bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad
Rujukan
http://nadikhalifah.com/artikel.html
Subscribe to:
Posts (Atom)