Sunday, 5 October 2014

Proposal untuk Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir



1) Tajuk: Pembungkusan Gula Mitai Sarawak
Penyata masalah: ‘‘Kebanyakan produk usahawan bumiputera ini mempunyai kualiti yang bagus, namun aspek pembungkusannya masih belum mencapai piawaian yang dikehendaki.”.Dalam pemasaran, aspek pembungkusan produk merupakan salah satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Malah aspek Pembungkusan (Packaging) ini dianggap sebagai P yang ke-5 dalam Marketing Mix selepas 4P (Product, Price, Place & Promotion) yang lazim dipraktik sebagai strategi pemasaran. 
(En. Mohamad Nordin)
Ketua Unit IKS FAMA
Rujukan
http://infosky.wordpress.com/2008/02/26/aspek-pembungkusan-dalam-pemasaran/


2) Tajuk: Identiti korporat Mulawa Fashion
Penyata masalah: Berdasarkan pemerhatian saya, kelemahan yang didapati pada kedai Mulawa Fashion ini adalah dari segi penggunaan logo yang tidak menarik dan juga warna yang agak kusam, pengaplikasian jenama yang tidak menyeluruh dan promosi yang sederhana serta ketidakseragaman jenama. Dalam hal ini.,logo yang digunakan oleh ‘Mulawa Fashion’ ini tidak menonjol dan agak kurang menarik selain faktor warnanya yang agak kusam dan buruk. Selain itu juga, kelemahan ini amat ketara kerana kedai ini hanya membuat promosi dalam laman sosial seperti ‘Facebook’ sahaja. Hal ini menyebabkan kesukaran kepada pengguna untuk mengetahui tentang kedai ini. Di samping itu juga, pengaplikasi jenama yang tidak menyeluruh telah menyebabkan ‘Mulawa Fashion’ tidak berjaya jika dibandingkan dengan kedai jualan tudung yang lain.
Rujukan
http://spunyeblog.wordpress.com/2013/01/19/mulawa-fashion/


3) Tajuk: Penambahbaikan reka bentuk pembungkusan telur pindang
Penyata masalah: Secara umumnya produk usahawan terutama Bumiputera berkualiti, namun pembungkusan belum mencapai mutu dikehendaki. Teknik pembungkusan dan pelabelan makanan memainkan peranan sangat penting dalam pengeluaran produk makanan. Paling penting, usahawan perlu mematuhi Akta Makanan 1983 kerana dengan adanya pengetahuan mengenai akta itu, ia boleh membawa produk mereka pergi sehingga peringkat antarabangsa berikutan semua yang termaktub di dalam akta berkenaan menepati kehendak pasaran tempatan dan global.
(Abd Razak Abdul Rahim)
Penceramah Pembungkusan, Pelabelan dan Pengendalian Makanan Institut Keusahawanan Negara (Insken),
Rujukan
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bungkusanmesticantik/Article/index_html
 

4) Tajuk: Kempen pemeliharaan badak sumbu yang terancam
Penyataan masalah: Datuk Dr. Laurentius Ambu, Pengarah Jabatan Hiudpan Liar negeri berkata, badak sumbu Sumatera kini di ambang kepupusan di Sabah dan menempatkannya di kawasan khas meningkatkan peluang untuk menyelamatkan spesies itu’.
Rujukan


5) Tajuk: Kempen rawatan bekam tradisional
Penyata masalah: berdasarkan rujukan dari laman sesawang, kaedah bekam ini kurang mendapat sambutan kerana kebanyakan masyarakat tidak mengetahui kelebihan menggunakan rawatan tradisional seperti bekam ini.
"Ramai pengusaha yang kurang mahir, jadi apabila ditanya apa tujuan bekam, macam mana fungsi setiap rawatan itu kepada anggota badan, mereka gagal menjelaskannya. Ini menyebabkan masyarakat tidak faham dan ia antara kekangan mengapa rawatan bekam sukar untuk pergi lebih jauh sepertimana bidang perubatan akupuntur yang mendapat pengiktirafan dunia," katanya kepada Bernama baru-baru ini.”
                                                                                    Dr(homeopati) Ibrahim Burhanuddin
Pengusaha dan pakar rawatan bekam, Pusat Homeopati, Refleksiologi dan Bekam Al-Jawad

Rujukan

http://nadikhalifah.com/artikel.html
 

 
 

No comments:

Post a Comment